Narcistic Egomania 2

I hate to admit that I’m having  a problem.

But I do have problems.  Heavy plak tu…

How la?

Buat bodoh je?  Giler!  Lagi la masalah.

Advertisements

Dedicated to Jolie aka Borro

Cik Borro,

Jika anda tengah makan roti Paris tu, ingat-ingat la aku.

Jika anda nak makan pasta Verona, kim salam Kaka’ (kalau nasib ko terjumpa la kan).

Dah sampai Prague, cari-cari la boyfriend baru ya.

You lucky b**ch

Kalau tak nak, dapatkan gf untuk aku pun boleh! Dengan pantas aku book flight pagi-pagi :).

Sesungguhnya tidak molek jika setelah ko pulang tak membawa sebarang cenderabaju.
Hint: Jersey Milan. No. 69. Ada tulis-tulis kat belakang. 4 huruf je. hehehehe.

Narcistic Egomania

Satu malam.  Waktu makan.  Ramai-ramai.

Eisya : I know this one guy, he likes this one girl.  I mean when he reaaaalllly really likes the girl, suddenly he dump her without any reason.  Juuuusst to make himself misearable.  What an idiot!

Others : Yea stupid.  Moron!

Metafora budak Eisya itu sepertinya memegang smith & wesson lalu menembak kepala aku berdas-das. 

Bang! Bang! Bang! Tapi tak mati… bingit je.  Cheh!

 

Mix Cabinet, Mix Power but One Nation

Mesej untuk semua. Dari lebih separuh rakyat.

Kepada yang pernah berkuasa. Langit tu tak semestinya tinggi.

Kepada yang nak berkuasa. Selalulah berpijak di bumi yang nyata.

Lepas ni bersatu padu ya. Ingat tu

Tag.18-28.

Dah lama tak buat tag. Saya terjemahkan dari blog orang ini ya.

18. Adakah anda jenis orang yang bangun pagi?

Gila? Abis nak cari makan bila? Matahari dah turun? Itu kupu2 malam.

19. Adakah anda mudah untuk tertidur atau senang terjaga?

Itu adalah bergantung kepada siapa yang tidur di sebelah 🙂

20. Fikirkan satu nama, dan ingat. Anda tidak perlu menyebut namanya. Sanggupkah anda memandu sejauh 100 batu untuk menjemputnya (gila!) jika hari itu adalah harijadi anda?

Saya kena bertanya orang tu dulu sama ada dia sanggup ke tak? Kalau tak sanggup… JALAAAAAN LA!

21. Berikan dua sebab yang anda boleh terganggu dari menumpukan kepada kerja.

Alah dua je? Wa boleh kasi sepuluh la. Tengok saja setan2 yang ada dalam opis. Ada sepuluh setans berkeliaran. Muahahaha

22. Adakah anda fikir apabila seseorang terluka hatinya itu sangat lucu?

Bergantung. Kalau dia buat muka kelakar jugak saya terpaksa gelak. Sori.

23. Ke mana anda lebih suka pergi? Tokyo atau Paris?

Tokyo! Semestinya

24. Di rumah anda mempunyai sebuah gitar?

Meh aaa datang tengok.

25. Adakah anda berharap anda berada di tempat yang lain sekarang?

Saya lebih gembira berada di sini. Bilik. Best. Tiada tandingan. mmmm yeah…

26. Berapa kerap anda masuk friendster?

Satu kali satu hari sekurang-kurangnya buat masa ini. Tetapi kadang-kadang tidak langsung bergantung jika ada yang sudi berkawan maka saya ada lah membukanya.

27. Seberapa lama anda boleh bertahan tanpa telefon bimbit anda?

Isssyyyy… saya berharap. Kalau boleh selama-lamanya. Kadang-kadang aman rasanya. Tiada gangguan. Khususnya kerja. Kan? kan? kan?

28. Di mana telefon bimbit anda sekarang?

Entah. Eh eh ada di hujung katil itu. Biar la. Tq.

Dengan ini saya amanahkan tag ini kepada sesiapa yang sudi. Buat le.

Psstt…  Cuppacakes kat +wondermilk itu sungguh sedap.  Semalam saya beli 5.  Puji-pujian untuk orang yang diam-diam tinggi itu iaitu Superdzu.  Jangan bagitau orang ya.  Tee hee hee

A Bay Bay

Hey kamu semua. Komuniti blogger kini boleh mengundi.

Kami memanggilnya Parti Undi Rosak (Malaysia) = PUNDAK.

Calon kegemaran saya adalah Lily si Burung Liverpool.

Walau pun kami mungkin akan membenci satu sama lain setiap kali game EPL bermula lebih lagi ketika Man U bertemu Liverpool namun kami hampir sependapat mengenai politik negara tercinta Malaysia.

Anda juga boleh membuang undi di Johor Bahru mahupun di Alor Gajah. Tergantung di mana anda mendaftar. (Ingat! kadang-kadang tidak perlu mendaftar, kerana anda secara auto menjadi pengundi hantu. Tanpa pengetahuan anda sendiri. Percayalah)

Akan tetapi saya akan mengundi di Wangsa Maju. Saya selalu terjatuh di sini semasa kecik-kecik dulu.

Mari Mengundi. Sokong Revolusi. Meh berjalan beramai-ramai.

Psstt… jika saya berkahwin dengan YB Lily kelak tidak mungkin orang menggelar saya Datin. Orang akan menegur “Eh… itu kan suami Datuk Lily tu”. Tanpa menggantikan diri saya dengan kata nama yang lain.

Ya ke bro? 😛

Mari la Mari… Pergi Mengundi

Selasa. 1030hrs. via YM.

Joe Jabir : Ko mengundi tak?

booGie : Mengundi la kut. Lagi mau tanya.

Joe Jabir : Aku dari dulu tak pernah mendaftar.

booGie : Pegi la ngundi dude. Rugi tak rasa kesedapan memangkah.

Joe Jabir : Hahaha… kesedapan beratur macam budak sekolah. Mcm kambing

booGie : Yang macam kambing tu la tentukan masa depan ko…

Joe Jabir : Salah. Kita yang tentukan masa depan kita sendiri… blablalablalblalbla. Membebel dan terus membebel blahablablabalbla… Orang asli pun boleh idup ko tak yah pegi mengundi… Tak kira BN ke Pas ke DAP ke semuanya sama… blablabla membebel mcm org tua lagi… blablablablabla aku suspek air liur dia pun ikut menyembur bercakap sambil menaip.

Sesudah berjela si mamat jabir tu menaip…

Joe Jabir : Aku sokong pemimpin satu je. Nabi junjungan kita, Rasulullah s.a.w.

booGie : errr… bro. Bukan Nabi ada suh kita mengundi jugak ke?

Joe Jabir : ahhhh… Janji Arsenal menang. Milan out! M.U Out!

Ooohhhh… Si penyokong emosional yang tak bertempat rupanya. Patutlahhhh… 🙂